Berita

Gempar ‘anak pocong’ depan rumah

16 okt 2011

Oleh NASRI JAMALUDIN
mohdnasri.jamaludin@kosmo.com.my

BATU PAHAT – Penduduk Kampung Parit Sempadan, Parit Raja di sini gempar pagi semalam dengan penemuan satu objek misteri yang dikafan seperti pocong di sebatang jalan menghala ke rumah seorang penduduk di situ.

Objek sepanjang 15 sentimeter itu ditemui oleh seorang penduduk kampung yang berjalan kaki menghantar anaknya untuk belajar mengaji kira-kira pukul 8.30 pagi.

Seorang pesara kerajaan yang hanya mahu dikenali sebagai Haji Mat memberitahu, sebaik sahaja dimaklumkan mengenai penemuan objek misteri itu, dia bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, ia dibungkus dengan kain putih dan diikat seperti jenazah sebelum diletakkan di pangkal pokok yang terletak hanya kira-kira 50 meter dari rumahnya.

Di sebalik penemuan itu, dia percaya ada kemungkinan perbuatan itu dilakukan oleh pihak tertentu dengan niat untuk mengugut keluarganya.

“Saya berdebar-debar apabila melihat objek berbentuk pocong itu kerana percaya ia adalah amaran kepada keluarga saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Haji Mat memberitahu, kejadian pelik itu adalah yang pertama kali ke atas keluarganya sejak menetap di kampung itu pada tahun 1973.

Ramai orang mengatakan cerita diatas adalah rekaan, permainan kanak2, anak pocong depan rumah, dan budak-budak saja main-main. Hakikat sebenarnya salah seorang penduduk telah muntah darah setelah memegang pocong ini tanpa membaca ayat-ayat pembatal sihir. Hanya ALLAH yg maha mengetahui dan dia sahaja yg layak membalas perbutan khianat penyuruh dan pembuat sihir ini.

 

Pocong ini dinamakan ilmu pramaya di jawa

Terdapat paku 9 jenis, kaca 9 jenis, tanah kubur, miyang buluh, tulang babi, 7 binatang bisa, kuku manusia.

Pesakit yg terkena santau angin kaki membesar seperti gajah

Miang buluh dan darah beku yg dikeluarkan dari santau angin

Darah haid ( hitan) paku karat , najis dikeluarkan dari pesakit guna-guna

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>